View profile

Saya confess, dia cakap, “Kita kawan dulu lah.”

Kahwin Ikut Prinsip
Saya confess, dia cakap, “Kita kawan dulu lah.”
By Aiman Azlan • Issue #1 • View online
Salah seorang follower saya beritahu bahawa setelah dia confess kepada seorang lelaki tentang niatnya untuk serius ke arah perkahwinan, begini respond lelaki tersebut:
“Eh, macam laju sangat lah. Saya ni bukan baik pun. Saya takut awak expect saya ustaz, padahal saya bukan macam tu. Takut nanti kecewa. Lebih baik kita kawan sahaja dahulu ya.”
Maka, follower saya bingung. Dia tanya saya pula:
AA, adakah ini dikira rejection?
Ini jawapan saya, dan moga-moga jawapan ini juga membantu anda yang berada dalam situasi yang sama:
Apabila anda terima jawapan yang bagi anda mengelirukan, ada 2 kemungkinan: mesej tak jelas atau anda salah faham.
Apa-apapun, perkara itu perlukan penjelasan agar kita boleh elak kedua-dua kemungkinan tersebut. Oleh itu, anda kena mohon penjelasan dari dia, bukan dari saya. Ini kerana hanya dia yang tahu niat sebenarnya apa.
Jika masih lagi samar-samar, walaupun telah berikan peluang untuk terangkan, maka persoalan ini berbalik kepada anda pula:
Apakah anda nak invest emosi anda kepada sesuatu yang samar-samar?

 

Did you enjoy this issue?
Aiman Azlan

Sertai 14,000+ subscribers untuk membina perkahwinan berprinsip menerusi tip mingguan dalam inbox anda.

In order to unsubscribe, click here.
If you were forwarded this newsletter and you like it, you can subscribe here.
Powered by Revue
Perlis, Malaysia