View profile

Nak Kahwin, Tapi Tak Pernah Cakap Dengan Lelaki

Kahwin Ikut Prinsip
Nak Kahwin, Tapi Tak Pernah Cakap Dengan Lelaki
By Aiman Azlan • Issue #3 • View online
Nurul tak pernah bercakap dengan lelaki. Apabila umurnya mencecah 24, dia sudah mula berfikir untuk memulakan hubungan yang serius dengan satu matlamat: perkahwinan.
Tapi, dia tak tahu nak mula dari mana.
Selama ini tidak pernah dia praktis bagaimana untuk berkomunikasi dengan lelaki, jadi cabaran ini nampak macam datang secara tiba-tiba.
Sebenarnya tidak.
Cabaran ini telah bermula sejak dia akil baligh lagi, apabila dia mula merasakan perubahan badan dan emosi. Dari situ, sepatutnya dia sudah mula praktis bagaimana untuk berkomunikasi dengan lelaki tanpa melanggar prinsip yang dia pegang.
Walau apapun, itu cerita lama. Sekarang, fokusnya adalah untuk selesaikan masalahnya. Bagaimana Nurul nak cakap dengan lelaki kalau dia tak pernah cuba atau praktis?
Ada 2 cadangan, tapi kedua-duanya mempunyai asas yang sama:
Cadangan #1: Minta tolong wali sebagai orang tengah/messenger.
Untuk komunikasi dengan lelaki untuk tujuan perkahwinan, wali perlu memainkan peranan sebagai jambatan untuk menghubungkan anak perempuannya dengan lelaki yang sesuai.
Ini merupakan cara yang paling selamat kerana wali dapat memastikan anak perempuannya dijaga.
Cadangan ini memerlukan wali yang memahami tugasnya dan hubungan yang sihat antara wali dan anak.
Cadangan #2: Beranikan diri dan mula letakkan diri dalam situasi komunikasi dengan lelaki.
Ini tidak bermakna wanita kena “cari pasal” dan bergaul secara bebas. Tidak sama sekali. Jangan sesekali korbankan prinsip diri semata-mata nak melayan perasaan.
Ini bermakna wanita itu meletakkan dirinya dalam situasi sosial yang selamat di mana dia akan berhubung dengan lelaki. Contohnya, dia sertai persatuan atau NGO di mana dia kena bekerjasama dengan lelaki dan perempuan.
Dengan ini, dia akan mendorong dirinya untuk mengasah skil komunikasi dengan lelaki agar dia boleh gunakan skil itu apabila ingin taaruf nanti.
Ini cliche, tapi ia benar.
Kedua-dua cadangan di atas mempunyai asas yang sama, iaitu anda tidak boleh nak lari dari praktis. Komunikasi merupakan sejenis skil dan lumrah skil adalah anda kena praktis jika nak mahir.
Tiada skil yang anda akan mahir secara automatik. Semua skil perlukan praktis.
Oleh itu, anda perlu kreatif untuk mencari cara untuk praktis skil penting ini. Bukan sahaja untuk mencari pasangan dan berkahwin, tapi skil ini juga penting untuk maintain perkahwinan tersebut.
Dalam mana-mana perkahwinan, komunikasi adalah tunjang utama.
Ada belajar sesuatu? Kongsikan.
Kahwin Ikut Prinsip merupakan satu projek Aiman Azlan untuk membantu pemuda pemudi untuk memulakan perkahwinan mereka dengan asas kukuh - aimanazlan.com
Sempena gaji masuk, saya ingin tawarkan diskaun 30% untuk Kelas Menuju Sedia dan Kelas Mencari Jodoh. Gunakan kod TOLAK30 di aimanazlan.com/kelas (terhad kepada 50 pembeli saja!)

 

Did you enjoy this issue?
Aiman Azlan

Sertai 14,000+ subscribers untuk membina perkahwinan berprinsip menerusi tip mingguan dalam inbox anda.

In order to unsubscribe, click here.
If you were forwarded this newsletter and you like it, you can subscribe here.
Powered by Revue
Perlis, Malaysia